7 haiwan paling berbahaya di dunia

September 21, 2014
Jom tengok apakah haiwan paling berbahaya di dunia.

#7 Black mamba.

Mamba, black

Sifat agresif pembunuh senyap ini telah menjadikan ia legenda dalam sejarah Afrika. Walaupun ia ular keempat paling berbisa di dunia, black mamba telah mendapat reputasi sebagai yang paling ditakuti kerana kecenderungan untuk menyerang tanpa sebab. Ular ini memiliki salah satu daripada racun ular yang paling kuat di dunia. Gigitan dari pembunuh ini boleh membunuh manusia dalam masa 20 minit.

#6 Biawak komodo.

komodo dragon

Ia hanya terdapat pada beberapa pulau di Indonesia. Gigitan biawak ini sangat beracun dan boleh menyebabkan otot menjadi lumpuh dan tidak sedarkan diri.

#5 Blue-Ringed Octopus.

blue-ringed-octopus

Ia hanya sebesar penumbuk tangan manusia, tetapi racunnya cukup untuk membunuh 26 manusia. Satu gigitan dari sotong ini akan menyebabkan kita lumpuh dalam hanya masa beberapa minit sahaja dan tidak dapat bernafas sama sekali. Paling teruk adalah, masih belum ada penawar untuk racunnya

#4 Brazilian Wandering Spider

brazilian-wandering-spider

Labah-labah ini lazimnya dijumpai di Amerika Selatan. Selatan. Mujurlah, gigitan dari labah-labah ini tidak menyebabkan kematian kerana sebuah antivenom sudah cukup untuk mengubatinya.

#3 Box Jellyfish

box-jellyfish

Jika anda sedang berenang dan terkena sengatan dari obor-obor ini, ia mungkin renangan terakhir anda. anda. Diklasifikasikan sebagai haiwan yang paling berbisa di dunia, obor-obor ini menyumbang kepada lebih kematian setiap tahun daripada mana-mana makhluk laut yang lain.

#2 Poison Dart Frog

blue-poison-dart-frog

Walaupun ia kelihatan comel, racunnya cukup untuk membunuh haiwan besar atau manusia. Racun katak ini terletak di permukaan kulit dan jika tersentuh kulitnya, boleh menyebabkan kematian. Katak ini banyak di Amerika Tengah atau Selatan.

#1 Deathstalker Scorpion

Deathstalker

Pembunuh ini boleh didapati di Afrika dan Timur Tengah. Kesan racun kala jengking ini berbeza di antara orang dewasa yang sihat dan kanak-kanak. Kebanyakan orang dewasa hanya akan merasa sakit, manakala kanak-kanak akan mengalami demam, kemudian koma, dan lumpuh sebelum paru-paru mereka diisi dengan cecair dan akhirnya mati lemas.

1 ulasan:

  1. Black mamba, racunnya bisa membunuh dalam 20 minit, menakutkan... thanks for sharing dear.

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.