Perogol bersiri di hukum gantung sampai mati.

Ogos 08, 2014
Semalam, selepas dari pulang bekerja, aku berehat-rehat di ruang tamu sambil tengok berita. Apa yang menarik perhatian aku adalah dengan berita seorang yang dihukum gantung sampai mati, di iring pegawai penjara dengan berkerusi roda! Dalam fikiran aku, apakah jenayah yang beliau lakukan sehingga di hukum gantung?

Aku hanya tengok berita utama sahaja. Dan terus melakukan aktiviti bersama dengan keluarga aku. Pagi ini, di tempat kerja, aku mencari berita semalam. Aku ingin mencari, apakah punca utama beliau di hukum gantung.

Dan jawapannya sudah aku terima. Beliau adalah perogol bersiri yang di kehendaki polis. Terlibat dengan kes rogol dan bunuh. MashaAllah. Mangsa rogol beliau ada yang di bawah umur. Beliau juga terlibat dengan kes cuba membunuh anggota polis yang ingin menahan beliau. Dan penyebab mengapa beliau menggunakan kerusi roda adalah kerana hukuman sebat yang beliau terima. Terima hukuman sebat sehingga berkerusi roda? erks..

Jadi hukuman yang beliau terima adalah setimpal dengan kesalahan yang beliau lakukan. Semoga perkara ini menjadi pengajaran kepada kita semua. 

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.