Burung murai kampung tidak perlukan lesen.

Ogos 12, 2014
Semalam aku berkesempatan ke pejabat perhilitan negeri. Tujuan aku kesana adalah untuk bertanyakan mengenai lesen memelihara burung murai batu. Dan aku kurang bernasib baik kerana permohonan sudah pun di tutup. Pada masa yang sama, Aku bertanyakan mengenai burung murai kampung. Dan jawapan yang aku terima sangat menyeronokkan! Tiada lesen diperlukan untuk memelihara spesis ini! Dalam fikiran aku, burung ini memerlukan lesen dan apa yang aku baca di dalam blog mengenai burung juga, banyak yang beritahu, untuk memelihara spesis ini, memerlukan lesen dari perhilitan.

Spesis ini berbeza dengan murai batu. Dan bunyinya juga tidaklah semerdu murai batu. Tetapi ia juga memberikan aku kepuasan memeliharanya. Kini aku tak perlu risau lagi. Aku dengan senangnya, boleh mengantung sangkarnya di luar rumah dan menghayati suaranya setiap pagi dan petang. Selepas ini, pasti ada lebih dari seekor spesis ini di rumahku. :)

Jom lihat serba sedikit tentang burung murai kampung ini.

Burung Murai Kampung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Murai Kampung
Murai jantan
Burung betina di Thailand
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam:Haiwan
Filum:Khordata
Kelas:Burung
Order:Passeriformes
Keluarga:Muscicapidae
Genus:Copsychus
Spesies:C. saularis
Nama binomial
Copsychus saularis
(Linnaeus, 1758)
Burung Murai Kampung (bahasa Inggeris: "Magpie Robin") merupakan salah satu daripada haiwan terlindungyang terdapat di Malaysia. Pemburuannya memerlukanlesen pemburuan. Nama sainsnya ialah Copsychus saulari.[2]
Burung Murai Kampung (bahasa Inggeris: "Magpie Robin") (Copsychus saularis) ialah burung passerine kecil yang dahulunya dikelaskan sebagai ahli Thrush keluargaTurdidae, tetapi kini dianggap sebagai penangkap lalat Dunia Lama ("Old World flycatcher"). Ia merupalan burung menonjol dengan warna hitam putih dengan ekor yang menegak ketika ia mencari makan di tanah atau bertenggek dengan jelas. Taburan di kebanyakan benua India dan sebahagia Asia Tenggara, ia merupakan burung biasa di taman bandar dan juga di hutan. Ia dikenali bagi nyanyiannya dan pernah popular sebagai burung berlagu.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Burung Murai Kampung ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung Murai Kampung mempunyai paruh tanpa gigi.
Jantung Burung Murai Kampung terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagaiatrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Sebagai burung, Burung Murai Kampung membiak dengan cara bertelur.Sarangnya biasanya boleh ditemui di ranting-ranting pokok yang sederhana tinggi. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya. Dimasa ini juga, Burung Murai Kampung boleh dibiakan di dalam kurungan yang sesuai keluasannya agar Burung Murai Kampung boleh berasa selamat untuk membiak

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.