Manusia yang di kawal oleh masa.

Ogos 23, 2014
Sewaktu berpeluang berada di line production, aku melihat ramai pekerja bekerja dengan bersungguh-sungguh. Ada yang bekerja untuk keluarga, untuk bayaran hutang, dan sekadar mencari tabungan.

Tetapi ada 1 yang menarik perhatian mata aku. " Line production" mereka menggunakan conveyor. Ini bermakna mereka bekerja dengan masa yang telah ditetapkan oleh majikan.

Jika jumlah pengeluaran harian tinggi, maka, mereka perlu bekerja dengan lebih pantas dan sudah semestinya memenatkan. Jika jumlahnya rendah, maka, ada ruang untuk mereka merehatkan diri mereka.

Apa yang menjadi persoalan dan mainan di dalam fikiran aku adalah, manusia yang di kawal oleh masa. Yang bermaksud, dengan mudah kita mengawal manusia. Hanya dengan 1 butang, kita boleh mengawal manusia. Seperti mengawal robot dengan remote control.

Di dalam satu masa, jumlah pengeluaran adalah rendah. Jadi, mereka bekerja seperti biasa, mengikut had masa untuk menyiapkan sesuatu pemasangan produk. Tetapi, bila terdapat masalah di dalam production line ( seperti masalah pemasangan part). Production di hentikan terlalu lama. Dan bila di mulakan semula. Majikan meletakkan tempoh masa yang lebih rendah untuk pemasangan part yang sama. Apa yang terjadi? Mereka dipaksa bekerja dengan lebih pantas!

Persoalan aku adalah, sampai bila mereka dengan mudah dikawal seperti ini? Dengan kos sara hidup seperti ini, memang bukan mudah untuk mencari kerja. Tetapi, ia bukan penghalang untuk mengubah kehidupan secara keseluruhannya. Jangan hanya menyalahkan takdir. Ia bermula dari pemikiran.

Jangan simpan di dalam minda bahawa, yang sebelum ini tidak menyediakan kesenangan kepada kita, maka kita hidup susah, dan terus tidak menyediakan kesenangan kepada mereka yang di hadapan.

Ini hanya membuatkan, kehidupan ini sama sahaja. Tiada langsung perubahan.

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.