Malaysia berkabung 22 August 2014.

Ogos 21, 2014

Peristiwa ini akan berlaku pada esok hari iaitu 22 august 2014. Ia sempena memperingati tragedi MH17 yang ditembak jatuh di wilayah donetsk, timur ukraine. Pada hari tersebut, mayat mangsa nahas MH17 warga Malaysia akan tiba di tanah air (KLIA) lebih kurang pada jam 10 pagi menggunakan pesawat khas dari Amsterdam. Majlis penuh istiadat sebagai menghormati jenazah MH17 akan bertempat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Ini adalah garis panduan malaysia berkabung pada 22 august 2014.
  • Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari berkenaan;
  • Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari berkenaan;
  • Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang/garang. Bagi yang berugama Islam dan terlibat secara langsung, mereka digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih)/selendang hitam; dan
  • Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan

2 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.