Kesesakan melampau ketika pulang beraya.

Ogos 04, 2014
Alhamdulilah. Selamat pulang beraya ke kampung di utara dan selamat pulang ke tempat kerja di selatan tanah air.

Seperti kebiasaan, topik yang sentiasa menjadi bualan ketika pulang beraya adalah kesesakan lalu lintas yang sangat teruk. Dan ini adalah apa yang perlu aku tempuh saban tahun. Cuma kesesakan yang berlaku pada tahun ini, adalah antara paling teruk yang pernah aku alami. Aku mula memandu masuk ke lebuh raya pada jam 1100 dan tiba di kampung halaman pada jam 0400!!

Ini bermakna, aku memandu kereta selama 17jam!! Ianya adalah suatu perkara yang sangat memenatkan! Di tambah pula memandu seorang diri. Sungguh memenatkan. Tetapi ianya terbalas dengan kepuasan bersama dengan keluarga dan sanak saudara di kampung.

Aku teringat kata-kata majikan aku yang mana beliau beritahu, setiap tahun akan ada pertambahan kereta dengan jumlah yang sangat banyak! Dan tidak pula kita dengar kereta yang dilupuskan. Dan jalan raya juga masih sama keadaannya. Dan ini adalah penyebab kepada berlakunya kesesakan luar biasa ketika musim perayaan.

Cara pemanduan juga menyumbang kepada kesesakan. Lihat sahaja pada mereka yang memandu di lorong kecemasan. Juga pada ketika ramai yang memperlahankan kenderaan untuk melihat sesuatu kemalangan. Dalam kes di RNR, ada pemandu yang meletakkan kenderaan mereka sesuka hati dan menyukarkan pemandu lain. Banyak faktor yang menyumbang kepada kesesakan lalu lintas ini sebenarnya.

Aku sangat-sangat berharap akan ada perubahan mendadak untuk masalah ini. Diluaskan jalan raya dan di besarkan juga kawasan rehat dan rawat.

Aku sangat-sangat berharap.

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.