Insurans nyawa kini suatu keperluan
Ya. ianya adalah suatu keperluan pada masa kini. Cuba lihat pada pesakit di hospital-hospital sekarang ini. Terlalu ramai. Lihat pula pada perbelanjaan perubatan yang meningkat saban tahun.
Ini semua disebabkan oleh taraf hidup yang semakin meningkat. Tidak ada manusia pun di dalam dunia yang inginkan diri mereka sakit. Tetapi ia adalah lumrah kehidupan. Soalannya adalah, adakah kita mampu menghadapinya sendiri?
Dan ini gunanya insurans nyawa pada setiap orang. Jika berlaku apa-apa kepada diri kita, insurans ini yang akan membantu kita. Tiada masalah pada mereka yang punya banyak wang, masalah berlaku kepada mereka yang kekurangan wang.
Aku teringat kisah yang berlaku kepada diri aku sendiri. Sewaktu isteri aku terlibat di dalam kemalangan. Beliau memerlukan pembedahan segera kerana usus perutnya bocor dan paru-parunya tidak berfungsi. Sewaktu di bawa ke hospital terdekat, DR yang merawat hanya berkata tidak ada apa-apa. Dan pesakit sudah boleh pulang kerumah. Majikan tempat aku bekerja ada menyediakan sejumlah wang untuk rawatan pekerja dan aku mengunakan wang itu untuk membawa isteri aku ke hospital swasta untuk rawatan lanjut. Dan apa yang mengejutkan aku adalah, DR di hospital swasta mengesahkan ada kecederaan dalaman kepada isteri aku! Dan dia perlu dibedah dengan segera! Dan? Kos keseluruhannya berjumlah hampir RM50K! Dimana aku boleh cari wang sebanyak itu? Dan yang lebih memeritkan aku lagi adalah, aku seakan di hina oleh DR itu yang mengatakan:
" U ada wang ke? Boleh bayar ke bil hospital? U kena kerja lagi lama tau untuk bayar hutang. Saya nasihatkan u bawak isteri u pegi sana GH. Sana bil murah"
Apa perasaan anda kalau terima ayat seperti di atas? Aku sewaktu itu, buntu memikirkan. Dan aku membawa isteri aku ke GH. Aku tidak mahu komen apa-apa tentang perkhidmatan di GH. Tetapi semua memahami akan keadaan pesakit disana. Terlalu ramai. Dan aku ingin bertanya lagi, siapa yang tidak mahu keluarga mereka di layan dengan sebaiknya sewaktu sakit? Semua ingin mendapatkan rawatan yang terbaik. Tetapi kekurangan wang adalah masalah utama.
Dan apakah penyelesaiannya? Insurans! Insurans adalah penyelesaian kepada permasalahan ini. Selepas dari peristiwa itu, aku terus mengambil insurans untuk setiap ahli keluarga aku. Aku tidak ingin masalah ini berulang lagi di dalam kehidupan aku. Lihat insurans sebagai keperluan kepada kita. Kerana kita benar-benar akan memerlukannya bila masanya tiba.
Mulakan sekarang! Fikirkan keluarga anda dan Sayangi mereka. Lindungilah mereka dengan insurans kerana tiada siapa pun yang boleh meramal apa yang bakal berlaku.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com