Ia berkaitan dengan sikap.
Setiap pagi, mungkin tidak pada setiap orang, tapi pada aku, aku mesti cari tandas dulu di waktu pagi. Macam biasa, kalau ke tandas, apa lagi aktivitinya kan?
Bila di dalam tandas, aktiviti aku antara lainnya adalah, memerhati hampir ke setiap ruang di dalam tandas. Dan, biarpun di mana kita berada, pasti ada seni-seni halus di dinding atau pintu tandas. Ia seakan contengan seni yang perlu ada di dalam setiap tandas. Terkadang aku hampir ketawa sendirian membacanya, semacam ruang berborak terhasil dari ayat-ayat yang di conteng.
Tetapi. Tetapi, aku paling tidak suka jika berada di dalam tandas yang kotor. Tandas yang tidak dibersihkan dengan baik. Ini berlaku di tempat aku bekerja. Aku bekerja di kilang industri berat. Jadi, pemakaian kasut keselamatan adalah perkara yang diwajibkan kepada setiap perkerja. Dan bila ianya di bawa masuk ke tandas, lantai akan menjadi hitam dan kotor. Ini yang membuatkan aku menjadi sangat kurang selesa. Tidak termasuk kotoran-kotoran lain di dalam tandas. Menceritakannya sahaja sudah boleh membuatkan aku ingin muntah!
Terdetik di dalam fikiran aku, jika mereka melakukan perkara seperti ini, bagaimana pula jika mereka berada di rumah sendiri? Bagaimana pula rupa tandas mereka? Bagaimana? Dan bagaimana? Persoalan ini selalu muncul di dalam fikiran aku. Kerana ia pasti bermula dengan sikap. Jika sikap ingin menjaga kebersihan ada di dalam diri, ia pasti akan dibawa kemana sahaja.
Pernah sekali aku terserempak dengan seorang yang mungkin tidak mampu lagi menahan rasa ingin membuang air besar. Bergegas masuk ke dalam tandas, dan menghasilkan bunyi-bunyi letupan kecil. Kemudian sesudah selesai, terus bergegas keluar. Dan yang menariknya, aku langsung tidak mendengar bunyi air. Dapatkah anda membayang apa yang cuba aku sampaikan? Aku tidak pula menolak pintu tandas berkenaan kerana tidak mahu hari ku menjadi huru hara. Dan jika benar apa yang aku fikirkan berlaku, siapa yang akan membersihkannya? Tidakkah wujud perasaan kesian kepada makcik yang membersihkan tandas? Kerana perlu berhadapan dengan perkara seperti ini? Bagaimana kalau yang membersihkan itu adalah ibu kita? Sedara mara kita? Atau orang yang kita kenal?
Sekali lagi, ia berkaitan dengan sikap. Jika di dalam diri kita, wujud perasaan tanggungjawab, perkara seperti ini pasti tidak akan terjadi. Ia adalah suatu perkara yang boleh di latih dan di praktikkan di dalam kehidupan seharian kita. Bukan sahaja di rumah, malah di tempat awam sekalipun. Mesti ada perasaan ini di dalam diri kita. Sentiasa melihat kesusahan orang lain. Mari bersama-sama mewujudkan dunia yang harmoni.
Untuk siapa? Untuk masa depan kita dan orang tersayang.

Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com