Apa yang perlu kita lakukan.
Di tempat aku bekerja sekarang, terlalu ramai pekerja yang sudah bekerja melebihi 10 tahun. Aku sendiri sudah bekerja selama 8 tahun di dalam industri ini. Apa yang aku cuba ingin sampaikan adalah, mereka semua, termasuk aku, masih lagi memegang title " operator".
Aku bukan tidak bersyukur dengan kerja aku sekarang. Aku amat bersyukur. Tetapi untuk tempoh sepanjang ini, sekurang-kurangnya ada perubahan mendadak. Bayangkan mereka yang bekerja selama 12 tahun disini. Gaji basic mereka adalah RM1450. Ya! hanya RM1450! Bekerja selama 12 tahun. Dan rata-rata kenaikan gaji tahunan adalah di bawah RM50! Dan yang terbaru untuk kenaikan tahun ini adalah di bawah RM30! Ada yang naik hanya RM10. Tidakkah ia sesuatu yang amat mengecewakan? Bekerja selama 1 tahun dengan kenaikan gaji sebanyak RM10?
Industri ini adalah suatu nama besar di dalam bidangnya. Bukan hanya di dalam malaysia, malah dunia. Ia adalah suatu nama besar di dalam industri dunia. Dan rata-rata pemikiran manusia di sini adalah, bilamana seseorang itu menyertai industri ini, mereka akan memperolehi gaji yang besar. Sebenarnya tidak sama sekali.
Sebenarnya adalah sangat sukar untuk seseorang itu untuk "upgrade" level di sini. Tersangat sukar. Itu yang menyebabkan mereka yang sudah bekerja terlalu lama tetapi masih memegang title yang sama. Antara kesukarannya adalah, Pihak pengurusan sendiri tidak mahu memberi peluang. Dan ada juga pihak pengurusan yang tidak mahu memeningkan kepala mereka. Dan membiarkan sahaja mereka-mereka ini.
Dan, bila sudah terlalu lama, mereka akan berhenti dengan sendirinya. Pihak pengurusan akan mengambil pekerja baru dan membayar gaji pekerja baru dengan gaji permulaan semula ( Basic gaji permulaan). Ini mungkin salah satu strategi syarikat. Untuk memaksimumkan keuntungan dan mengurangkan kos.
Jadi apa yang boleh kita buat? Buat rusuhan beramai-ramai? Protes tidak datang bekerja? Ini hanya akan memburukkan keadaan. Pada fikiran aku, aku lebih suka dalam mood berjaga-jaga. Apa yang aku buat adalah, tidak bergantung sepenuhnya dengan majikan aku. Aku mencipta kewangan aku sendiri. Aku tidak mahu bergantung 100% dengan gaji bulanan aku. Kerana, aku sendiri tidak pasti sampai bila aku akan berkerja di sini dan diperlukan disini.
Jadi, mula dengan memaksa wang bekerja untuk kita dan mula berhenti bekerja untuk wang. Ini yang sebenarnya yang perlu kita buat. Ini kehidupan sebenar. Ini yang di cari oleh semua orang.
Mulakan dari sekarang!

Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com