Apa itu wordless wednesday
Aku biasa tengok blogger akan post pasal benda ni, " wordless wednesday". Dan aku sentiasa tertanya-tanya. Apa simbolik perkataan ni. Kalau di tukar kepada bahasa melayu, ia bermaksud rabu tanpa perkataan. Jika tiada perkataan, ini bermakna, hanya post gambar sahaja lah pada blog. Jadi, aku pun tanyalah pakcik google. Dan, terima kasih pada blog izzaraamani01.blogspot.com kerana ada terangkan tentang persoalan ini. Aku copy dari blog beliau, untuk perkongsian bersama. Terima kasih.
Assalamualaikum,
Akhirnya kembali menulis semula. Yehaa...:p
Hari ini aku nak memberitahu korang tentang sesuatu yang dah lama digunapakai oleh blogger terdahulu tapi since aku merupakan blogger baharu serta baru sahaja menceburkan diri dalam menulis blog, aku pun terfikir nak buat benda yang sama gak..ok2, kembali ke topik asal. Mari kita temui jawapan daripada setiap persoalan di bawah...hehehe
--> Apa itu Wordless Wednesday?
Wordless Wednesday bermaksud "Hari Rabu Tanpa Perkataan" jika diterjemahkan ke dalam bahasa melayu, namun maksud sebenarnya adalah pada setiap hari rabu, semua blogger di seluruh dunia, yang terkenal atau pun tidak, akan membuat suatu entri tanpa menulis sepatah pun perkataan kecuali letakkan tajuk wordless wednesday dan gambar sahaja.Tak kisah apa gambar apa yang mereka nak letak asalkan orang boleh tahu apa sebenarnya maksud di sebalik gambar yang diletakkan dalam setiap entri WW. Dengan adanya gejala WW ini, sedikit sebanyak akan melatih kreativiti setiap blogger dalam menyampaikan sesuatu tanpa sebarang penjelasan. Untuk makluman anda semua, pengasas WW ini berasal daripada luar negara dan disebarkan di Malaysia oleh anak tempatan iaitu Encik Eman & Encik Andy.
Ok, ini merupakan link fb dan blog mereka jikalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai WW:
Facebook - https://www.facebook.com/WordlessWednesdayMy?fref=ts
Blog - http://malaysianww.blogspot.com/
--> Apa maksud simbol #1, #2, #3?
Simbol tersebut menerangkan post/entri yang berulang menggunakan tajuk yang sama. Simbol tersebut boleh diletakkan di hadapan perkataan "wordless wednesday" mahupun di belakang perkataan tersebut.
Contoh:
a) Wordless Wednesday #1
b) #1 Wordless Wednesday
Sumber dari izzaraamani01.blogspot.com
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com