Ambil masa terlalu lama?!

Ogos 28, 2014
Aku sedang mengalami masalah dengan rumah yang aku beli. Rumah sudah siap sepenuhnya dan sedang menunggu CF. Tetapi, masa yang di ambil terlalu lama!

Pemaju menjanjikan kunci rumah pada bulan 6. Kini sudah ingin memasuki bulan 9. Aku masih belum dapat kunci rumah. Atas alasan masih menunggu CF!

Bila di tanya kepada pemaju, jawapan mereka sangat mudah. CF belum dapat, kita tengok bulan depan ye.

Bayaran penuh sudah diminta oleh pihak bank! Dan aku amat-amat tertekan kerana kunci rumah masih belum dapat tetapi bank sudah meminta bayaran penuh!

Aku sedang dalam pemohonan mengeluarkan duit KWSP akaun 2. Untuk pembayaran rumah. Aku mohon pada cawangan melaka pada tarikh 14/08/14. Sehingga semalam, aku masih belum dapat lagi " statement bank". Dan aku buat panggilan kepada cawangan induk di kl.

Jawapan yang aku dapat cukup menyeronokkan. Mereka baru sahaja terima surat pemohonan aku. Baru terima?!

Tempoh masa dari 14/08/14 hingga 27/08/14 di gunakan hanya untuk pos surat pemohonan itu ke kuala lumpur dari melaka?

Mengapa perlu masa yang lama? Apa yang bermain di fikiran aku adalah, apakah mereka berjalan kaki untuk hantar pemohonan itu?

Masa yang di ambil terlalu lama!

Kenapa perkara seperti ini berlaku dan apakah jalan penyelesaiannya?

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.