Masih lagi menunggu kunci rumah

Julai 02, 2014
Sehingga ke tarikh hari ini, aku masih lagi menunggu kunci rumah. Rumah yang telah siap sepenuhnya tetapi menunggu kelulusan pihak berwajib. Pemaju hanya memberikan janji-janji manis tetapi pahit pada hati aku.

Janji pada mulanya, rumah akan siap pada bulan 03/2014. Tetapi pada bulan tersebut, rumah masih dalam proses pembinaan. Kemudian pihak pemaju berjanji rumah akan siap pada bulan 6. Dan aku setia menanti. Tetapi kecewa juga akhirnya. Pemaju memberikan janji akan dapat kunci rumah pada bulan 7, kini, aku berada dalam bulan 7/2014. Janji yang hanya tinggal janji. Kini pemaju memberikan alasan, kunci akan dapat pada bulan 8 pula.

Apa yang memeningkan aku adalah, bayaran rumah yang perlu dibayar. Jika sebelum ini, aku hanya perlu bayar interest sahaja. Tetapi kini, aku perlu bayar jumlah penuh. Walaupun rumah masih belum dapat CF dan aku masih belum terima kunci??

Sahabat aku yang beli rumah di bahagian belakang rumah aku, perlu menunggu selama 2 tahun lebih untuk menduduki rumah beliau.

Apakah aku perlu menunggu lama seperti itu?

Apa yang perlu aku buat? 

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.