Lelaki juga perlu tahu memasak
Yer. Lelaki juga perlu tahu memasak. Ini aku nak sampaikan pada diri aku sendiri. Wife amat sibuk dalam bulan ramadan ini, kerana berniaga di bazar, jadi, beliau memerlukan rehat yang secukupnya. Jadi, kebiasaannya, aku perlu bangun sendiri ( biasa wife yang kejutkan) untuk makan sahur.
Bila dah bangun, pergi ke dapur, tiada apa-apa makanan yang sudah siap di masak. Dan jadi kebiasaan juga, MAGGI adalah pilihan terbaik aku untuk bersahur. Masak maggi ni mudah jer, panaskan air, masukkan maggi, pecahkan telur, masukkan sedikit sayur, dan sedia di makan. Mudah bukan?
Pernah sekali, aku cuba untuk memasak nasi. Dan hasilnya, nasi aku mentah. Mungkin terlebih air. Akhirnya bersahur dengan kurma sahaja. Tidak boleh mengharapkan isteri sahaja untuk menyediakan makanan. Kerana tanggungjawab yang dipikulnya banyak dan berat. Balik berniaga, nak kemas rumah, nak jaga anak lagi. Penat di bazar belum hilang, tambah penat di rumah pula.
Jadi, suami atau lelaki perlu belajar memasak, kalau isteri bersalin, beliau perlu rehat yang panjang. Tak kan nak makan maggi selama 3 bulan? Nak makan di kedai, perlukan belanja juga. Jadi, aku perlu belajar memasak.
Masakan yang ringkas pun dah kira ok. Dapat masak ayam masak merah ke, nasi briyani ke, hehehehe.
Aku perlu belajar memasak!

Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com