Burung murai batu

Jun 12, 2014


Hobi yang lama terpendam dan kini menular kembali di dalam jiwa. Kelunakkan suara yang di hasilkan, menarik hati aku sedalam-dalamnya. Ekornya yang panjang juga menjadi daya tarik pada mata aku. Aku masih ingat sewaktu aku kecil, waktu pulang ke kampung aku di utara tanah air, burung ini dipelihara oleh bapa saudara aku di bahagian belakang rumah beliau. Sewaktu itu, ia hanyalah sekadar burung di mata aku. Kini, ianya ibarat harta pada setiap yang meminatinya.

Untuk membela burung ini, mestilah mempunyai lesen daripada perhilitan. Ini menunjukkan, ianya juga menjadi salah satu khazanah di negara ini. Cuma, untuk mendapatkan lesen memeliharanya, ianya bukanlah semudah yang di sangka. Kerana terlalu ramai yang memohonnya dan lesen yang di keluarkan juga agak sedikit.

Ada juga yang memeliharanya secara haram ( tanpa lesen daripada perhilitan). Aku juga pernah memikirkan untuk memeliharanya tanpa lesen, tetapi mengenangkan nasib yang bakal di terima jika tertangkap, maka aku lupakan sahaja niat aku itu.

Aku akan terus berusaha untuk mendapatkan lesen membela burung ini, biarpun mengambil masa yang lama. Kerana ianya suatu kepuasan kepada aku.

Jom layan gambar-gambar burung murai batu ini.









Gambar ini aku ambil dari blog http://burungkelilingrumah.blogspot.com ..satu blog yang memaparkan kecantikkan burung-burung. Bagi mereka yang suka melihat dan ingin belajar pelbagai jenis burung, bolehlah lawati blog ini.

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.