Baki wang dalam bank di sekat?

Jun 11, 2014
Anda pernah tak merasa pengalaman seperti ini,

Anda membelanjakan sejumlah wang dan anda cukup pasti dengan baki yang tinggal di dalam akaun bank anda. Dan bila anda mahu periksa baki wang anda, jumlah yang di nyatakan di skrin tidak sama dengan jumlah yang sebenar.

Perkara ini terjadi kepada aku semalam. Bila aku nak periksa baki wang aku, jumlah yang dinyatakan tidak sama dengan jumlah sebenar. Ianya amat-amat memeranjatkan aku. Mestilah terperanjatkan, baki tinggal sedikit sahaja.  Aku terus buka internet, dan periksa baki melalui internet. Jumlah di dalam internet adalah jumlah sebenar. Mengapa perkara ini terjadi?

Aku print statement bank, dan pada statement itu tertulis 2 perkara.

Apakah maknanya available balance dengan account balance?

Ada sesiapa boleh terangkan kepada aku?

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.