Gandakan wang pencen.

Jun 16, 2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Awal pagi tadi, sewaktu aku sedang berehat, sambil-sambil minum teh, sambil berfikir. Apakah yang mampu mengandakan wang pencen aku. Amboi, belum masuk usia 30an lagi, aku sudah fikirkan wang pencen. Apa yang membuatkan aku berfikir perkara sedemikian adalah, apabila aku melihat mereka-mereka yang sudah pencen, masih lagi bekerja. Dengan baki kudrat yang tinggal, mereka memerah tenaga demi mencari sesuap nasi, samada untuk diri sendiri, untuk pasangan, mahupun untuk anak-anak.

Aku memasang niat dan target di dalam hidup aku. Apabila usia aku memasuki dunia pencen kelak, aku tidak mahu lagi bekerja dan hanya mahu memenuhi masa lapang aku dengan dengan aktiviti agama, bersama anak-anak dan cucu mungkin, dan kemana sahaja yang aku inginkan di dalam hidup aku.

Aku sebenarnya ingin pencen pada usia 40tahun. Kerana, ketika usia itu, aku masih sihat dan segar. Jika aku pencen pada usia 60tahun, aku sudah cukup lemah, dan mungkin tidak mampu untuk melakukan aktiviti yang aku inginkan.

Jadi, untuk aku capai target itu, aku perlulah menyiapkan kertas kerja, apakah yang aku perlu lakukan untuk mencapainya. Dalam pada memikirkannya, aku berfikir, aku mahu menyimpan emas. Kenapa emas?

Anda mesti biasa dengar dan biasa juga alaminya. Dengan wang RM100, cukup atau tidak untuk beli barang dapur untuk 1 keluarga? Ataupun, apakah nilainya RM50 pada anda? Mesti anda rasa sedikit bukan?

Kita berada pada tahun 2014. Cuba anda bayangkan, anda pencen pada usia 60tahun. Dan sekarang usia anda 30tahun. Ini bermakna, anda ada masa 30tahun lagi untuk pencen.

2014 + 30tahun = 2044

Dan apakah nilainya RM100 pada anda pada tahun 2044? Anda rasa, apakah nilanya bertambah atau semakin sedikit? Atau lansung tiada nilai pada anda? Dan selama anda hidup, pernahkah anda mendengar wang kertas meningkat nilainya? RM50 pada tahun 1999, masih juga sama nilainya dengan RM50 pada tahun 2014. Benar bukan?

Jadi emas adalah jalan terbaik untuk mengandakan wang pencen. Bagaimana?

Tidak perlu menyimpan banyak, kita ambil 1g sahaja sebulan. Kita perlukan 30tahun lagi untuk pencen. Ini bermakna ada 360 bulan. Jika anda menyimpan 1g pada setiap bulan, anda sudah ada 360g.

Dan apa yang pasti, harga emas semakin meningkat. Pada tahun 2020, harga emas diramalkan bernilai RM503 untuk 1g.




Jika anda mula membeli emas dengan nilai RM155/g ( harga emas akan meningkat pada setiap tahun) dan kekal membeli dan menyimpan, nilai emas anda akan meningkat. Dan anda pasti tidak percaya dengan jumlah yang anda bakal dapat ketika anda pencen nanti.

Bukankah wang pencen anda akan berganda? Bolehkah anda berehat dan tidak perlu bekerja lagi sesudah pencen? Sudah tentu ya. Dan pastikan juga pengurusan kewangan anda juga bagus, kerana sebanyak mana wang yang anda ada, Jika pengurusan anda lemah, ia tetap juga habis. Jadi, simpanan dan ilmu amat penting untuk pastikan apa yang anda rancangkan menjadi kenyataan.


Cuba anda bayangkan, anda memiliki ini:



Tetapi nilainya seperti ini:




Dan bayangkan sebuah ruangan di dalam rumah anda seperti ini:



Yang mana satu yang anda rasakan nilainya benar-benar besar? Dan anda benar-benar inginkan?


Jika anda ingin memulakan simpanan emas, dan memiliki harga emas yang rendah dari pasaran, anda boleh hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut. Ianya adalah emas asli. Tiada penipuan di dalam urusniaga ini. Wang anda akan dikembalikan jika ianya tidak tulen.






Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.