Kesan kejatuhan ringgit malaysia 2015.

Kesan kejatuhan ringgit malaysia 2015. Ahh! Apa sudah jadi? Nilai ringgit malaysia menunjukkan kejatuhan hampir setiap hari! Apakah tiada usaha untuk menghalang ianya daripada berterusan. Apakah yang sedang berlaku sebenarnya? Apakah kesan yang bakal di hadapi jika ianya tidak di kawal?

Kos sara hidup meningkat. Ya. Kejatuhan nilai ringgit akan menyebabkan harga barangan meningkat. Ini akan memberi kesan yang teruk kepada isirumah berpendapatan rendah! Kehidupan rakyat akan menjadi lebih sukar. Yang sudah sedia ada sukar, menjadi lebih sukar. Tidakkah ianya adalah suatu kesan yang sangat buruk?


Kejatuhan ringgit malaysia memberi kelebihan kepada orang asing untuk menambah aset sedia ada di dalam negara kita. Mereka juga mempunyai kelebihan membeli belah dengan tukaran matawang mereka yang tinggi. Sebaliknya berlaku kepada rakyat malaysia yang di paksa untuk berjimat cermat. Tidakkah ianya kelihatan sangat teruk?


Kadar tukaran ringgit hari ini adalah USD1=RM4.23. Ini tidak memberi kesan kepada rakyat malaysia tetapi bagaimana pula dengan pelajar di luar negara? Tidakkah ianya memberi kesan yang sanga besar kepada keseluruhan kehidupan mereka? Ibubapa yang memberikan wang kepada anak mereka,"dipaksa" untuk mengandakan wang pemberian itu. Dalam erti kata lainnya, rakyat malaysia juga terkesan dengan kejatuhan nilai ringgit ini.

Kami sebagai rakyat, mahukan 1 usaha untuk menaikkan kembali matawang ringgit. Kehidupan kami tidaklah semewah seperti yang di jangka. Malaysia sebuah negara yang maju,aman dan damai. Kami bangga menjadi rakyat malaysia. Hebatnya negara ini atas rakyatnya yang berbilang kaum. Kami juga sebahagian daripada negara malaysia.

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.