Cuaca panas menyerang melaka!

Cuaca panas menyerang melaka!|Melaka benar-benar mengalami cuaca yang sangat panas ketika ini. Jika semalam, pada lewat petangnya, hujan turun dengan sangat lebatnya, tetapi sekarang cuaca panas telah melanda. Mungkin panas ini membawa kepada hujan pada petang atau malam nanti. Siapa tahu kan?

Apa yang paling merisaukan aku adalah anak-anak. Anak-anak kecil adalah golongan yang paling mudah terkesan dengan cuaca panas ni. Senang sangat kena demam. Bila berhadapan dengan cuaca panas semacam ini, perkara yang paling kerap aku pesan kepada wife aku *sebab wife surirumah sepenuh masa* adalah supaya kerap mandikan anak-anak aku.

Dengan cara itu, haba cuaca panas di dalam tubuh mereka dapat dikurang. Yelah, kalau kita tak kawal, boleh kena demam pula nanti. Bila dah demam, semua orang di sekeliling akan terkesan. Kerja juga boleh terganggu. Jadinya, daripada perkara semacam itu berlaku, adalah lebih baik kita membuat persediaan awal. Tak gitu?

Rasanya, mana-mana negeri pun mengalami cuaca panas sekarang ni kan? Tapi memandang aku tinggal di melaka, aku ceritalah cuaca panas yang sedang menyerang melaka ketika ini. Kan? Bagaimana pula dengan negeri anda?

2 ulasan:

  1. Kat KL ni pulak asal petang je mesti ribut hujan lebat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aaaaa.. dah post entry ni, tiba-tiba terfikir, adakah kita berada dalam golongan mereka yang tidak bersyukur? Erks.

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.