Kilang automotif di melaka.

Kilang automotif di melaka|Aku semakin hari semakin ingin berkongsi segala macam hal mengenai diri aku di blog ceritaejoy ini. Ada juga blogger malaysia yang lebih suka "menyembunyikan" identiti mereka. Mereka punya alasan mereka sendiri, tetapi bila aku memilih untuk menjadi lifestyle bloggers, haruslah menceritakan diri sendiri dan segala macam hal yang berlaku dalam kehidupan seharian aku. Haruskah?

Baik, langkah pertama aku dalam menceritakan hal kehidupan aku adalah bercerita mengenai pekerjaan aku. Kalau sebut mengenai kilang automotif di melaka ni, rasanya semua dah dapat agak dah kilang apa kan? Ha, aku kerja kilang je. Orang cakap, syukurlah ada kerja, ada graduan yang masih menganggur. Alhamdulilah.

Ok, apa yang aku nak kongsikan? Aku mula bekerja di sini bermula tahun 2006 hinggalah sekarang, tahun 2015. Amacam? Lama tak? Kalau dalam bahasa mudahnya, orang cakap dah masuk kategori otai la jugak kan? Hahahaha, puji diri sendiri.

Tapi bukan itu yang aku nak cerita, yang aku ingin kongsikan adalah perihal kehidupan sebenar pekerja dekat sini. Tahukah kalian semua, yang mana aku sudah hampir 9 tahun bekerja disini. 9 tahun tu bunyinya sedikit atau banyak ek? Selama hampir 9 tahun aku bekerja di kilang automotif di melaka ni, gaji basic aku adalah RM14xx. Amacam? Percaya tak? 9 tahun tau, basic gaji baru RM14xx. 

Dan yang lebih menariknya adalah aku masih seorang operator kilang! Itu yang paling menariknya bekerja di syarikat ini. Rakan-rakan aku, yang dah bekerja hampir 10 tahun dan keatas, ada yang basic gajinya sama dengan mereka yang baru setahun dua bekerja. Kalau korang, apa yang korang rasa? Korang dah kerja 10 tahun ni, ada pekerja yang bekerja bawah 5 tahun, tapi gaji basic dah sedikit menyamai korang.

Siapa yang salah di dalam hal ini? Aku tidak menyalahkan syarikat *Aku tak pasti dengan jawapan aku ni, tetapi aku lebih menyalahkan majikan. Sebabnya, mereka yang patut memantau akan hal ini. Dan bukannya mengambil sikap sambil lewa. Alasan yang kerap aku terima adalah, #terlepas pandang. Alasan yang pada aku langsung tiada kekuatan, alasan yang terlalu lemah!

Aku dah menghabiskan masa yang terlalu lama di syarikat ini. Terlalu lama. Bukan aku ingin menjatuhkan imej tempat aku mencari rezeki, tetapi inilah hakikat sebenar, apa yang berlaku di kilang automotif di melaka ni. Orang kalau tak tahu, selalu beranggapan kami bergaji besar, mampu memiliki apa sahaja, tapi itu hanyalah omongan kosong!

Dengan keadaan ekonomi semasa malaysia, mampukah kita hidup dengan basic gaji seperti ini? Ramai yang menegur aku, katanya ini adalah rezeki dan kita perlu redha dengannya. Betul, ia adalah rezeki. Tetapi aku ingin melihat golongan ini berhadapan dengan keadaan ekonomi sekarang, mustahil jika tidak terdetik keluhan di hati mereka. Jika wujud keluhan, apakah itu yang anda panggil redha? 

Blog ceritaejoy adalah medium untuk aku meluahkan perasaan dan bercerita. Bukanlah niat untuk mengata, tetapi inilah hakikat kehidupan sebenar pekerja di kilang automotif melaka ni. Mungkin taraf hidup di sini kecil jika nak dibandingkan dengan taraf hidup di tempat lain, tetapi itu bukanlah alasan. Kerana kami bukan menetap terus-terusan di sini. Kami juga sering menjenguk rakan-rakan negeri lain. Apakah taraf hidup disini sama dengan kawasan lain?

Entah sampai bila keadaan ini akan berterusan. Biarlah bertukar majikan, jika pemikiran mereka tetap sama, ia tidak akan mengubah apa-apa. Suara kecil hanya mampu kedengaran di blog, tidak di telinga mereka. Hakikat kehidupan di kilang automotif di melaka.

5 ulasan:

  1. lame tuh sembilan tahun keja..bila orang dengar..mesti cakap gaji besar tapi hakikatnye hmm kita empunya badan je yg tahu..cukup cukup makan je kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kadang-kadang tak cukup makan pun ada. Kalau bujang ok je, ini dah bekeluarga..

      rakan saya, dah 12tahun, pun mengalami nasib yang sama. Akhirnya, dia buat keputusan berhenti kerja. Minggu ni last. alhamdulilah, rezeki dia.

      Padam
  2. Hmm... Mmg tak ptt cmtu.. Tapi bab kerja.. Ni kalau de geng kipas pun buatkan org lama tertinggal ke belakang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, mana-mana tempat pun, akan ada orang macam ni. dekat sini, terlalu ramai, terlalu ramai yang kipas dari benar-benar bekerja.

      Padam
  3. Ishhh,ishhh,ishhh,saya baru form 3,ingatkan masa besar nak kerja ni,tapi dah sampai 10 tahun,gaji sama jer ngan baru kerja 1 tahun,hhhmmm

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.