Idea Menulis VS Pemalas!

Mei 18, 2015
Idea Menulis VS Pemalas|Tension tak rasanya bila idea nak menulis tu ada tapi pemalas nak menulis. Hmm. Itu yang berlaku dekat aku sekarang. Idea nak menulis tu ada, dah siapkan list keyword-keywordnya, tapi kalah pulak dengan sifat pemalas. Jadinya, aku cuma blogwalking je.

Huh! Bercita-cita nak jadi penulis, tetapi pemalas. Penulis apanya kan? Aku hairan bagaimana seorang penulis, yang mampu hasilkan sebuah buku *bukan mereka yang tahu copy paste je, menulis di dalam pelbagai keadaan. Mustahillah kan kalau waktu mereka menulis tu, langsung takda sifat pemalas yang singgah. Kan?

Sesekali, nak juga bertanya, mungkin duduk-duduk minum petang ke, sambil berbual dan "mencuri" sedikit ilmu, bagaimana menangkis sifat-sifat pemalas ni sewaktu ingin menulis. Kalau jenis copy paste senang je, cuma perlu usaha yang sedikit untuk cari bahan, copy dan pastekan ke dalam blog. Dan kemudian search semula katakunci tu dekat google dan ceritakan semula di dalam blog.

"Lihatlah blog saya, berada di muka hadapan google. Blog yang penuh dengan ilmu SEO, selepas saya praktikkan bla,bla, bla"

Bila kita click dan baca, tulisannya habis tak tumpah gaya penulisan seorang yang sememangnya pakar SEO malaysia. La, copy paste ke? Kalau copy paste, tak usahlah bercerita lebih-lebih kat blog. Hadoi!

Pernah Banyak kali aku terfikir, ada ke yang nak baca tulisan aku ni? Membebel panjang-panjang, tapi takda orang nak baca. Hahahahha. Takpelah, kalau takda orang nak baca, aku tetap juga nak menulis. Sebabnya, aku nak melatih diri aku menjadi seorang penulis, jadi kena la menulis jugakkan? Hehehehe.

Ok. Dah. Sekarang aku nak cari lagi tips, bagaimana nak menghilangkan sifat pemalas waktu nak menulis ni. Idea bukan datang selalu kan? Hehehhe

Haffizul Iskandar.

2 ulasan:

  1. huhuhu..saya pula byk idea..mood pula tak ada..kekadang tak sempat,bila malam nk mula menulis dah letih,huhuhu..tapi slh satu tip nk dptkn mood malas menulis adalah dgn membaca buku motivasi ttg penulisan..mesti lepas itu semangat nak menulis...ayat pun pjg menjela...hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau saya dah malas, nak baca buku pun lagi la malas. Hehehehhe

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.