Bekerja tanpa arah tuju.

Disember 23, 2014
Ada yang bekerja hanya untuk membayar hutang-hutang dan selebihnya untuk kegunaan bulanan. Bangun pagi, pergi kerja, cukup masa balik. Hujung bulan, tau-tau ada duit dalam akaun. Inilah rutin setiap hari dan sedar tak sedar, ianya berlarutan sehingga bertahun lamanya.

Ramai yang ingin jadi kaya, tetapi tiada usaha ke arah itu. Mereka sekadar bermimpi dan memasang impian.

Sebenarnya, apa yang kita mahukan? Takkan bekerja hanya untuk bayar apa yang ada? Tak terasa nak ada lebih dari 1 rumah? Kereta mewah, bercuti ke luar negara seperti berjalan-jalan hujung minggu.

Rasa aku ramai yang tak memasang niat yang betul. Aku teringat bila seorang trainer tanya aku:

" Kamu dah bekerja berapa lama? Siapa yang kamu ingin jadi dalam masa 5 tahun dari sekarang jika kamu masih bekerja di sini? Dan apa yang kamu inginkan di dalam hidup ini?

Sedar tak sedar, aku dah bekerja selama 8 tahun kat sini dan masih melakukan kerja yang sama! Dalam erti kata lainnya, aku dah buang masa aku selama 8 tahun!

Alhamdulilah, aku tersedar pada tahun ini. InsyaAllah, segalanya akan berubah pada awal tahun hadapan.

Sebenar, aku dalam proses membetulkan minda aku yang dah "di set" kepada banyak perkara-perkara yang tak perlu aku fikir pun.

Alhamdulilah, tersedar awal, kalau tidak, mau ke laut aku di buatnya. Hehehehhehe.


7 ulasan:

  1. insyaAllah.mg segala yg di impi dipermudahkan.amin..

    BalasPadam
  2. bagus nih! kalu byk join kursus or keusahawanan punya program, memang membuka mata. dan kita pun kena pacu diri kita untuk jadi orang yg lagi baik. sekadar termenung tak guna. hehehehe kena simbah air becak

    BalasPadam
  3. lama tu 8 tahun..saya lebih 5 tahun..memang saya dah sedar pasal ni tapi jalan belum nampak..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.