8 Destinasi Terbaik Dunia Bagi Pengembaraan Solo.
8 Destinasi Terbaik Dunia Bagi Pengembaraan Solo. Bagi individu yang gemarkan aktiviti pengembaraan, perkara
yang paling sukar adalah mencari teman untuk mengembara. Rakan-rakan atau ahli
keluarga berkemungkinan terikat dengan kerja, terlibat dengan masalah kewangan
ataupun tidak mengemari lokasi yang ingin kita pergi. Dan keputusan daripada pemasalahan
ini adalah, melakukannya secara sendirian. Apabila memilih untuk mengembara
secara sendirian, masalah utama yang timbul adalah, kemanakah ataupun lokasi
apakah yang sesuai? Nah! Harini aku ingin kongsikan 8 destinasi terbaik di
dunia, yang mana sesuai untuk anda mengembara secara solo. Ayuh! Teruskan
bacaan anda!
Melbourne
Australia
Melbourne adalah sebuah destinasi
pelancongan paling terkenal dan sering menjadi pilihan pengembara, jadi tidak
hairanlah kalau kita tengok pantainya yang indah dan kehidupan bandar yang
selalu sibuk.
Kenapa
Australia?
Australia secara keseluruhannya dianggap
destinasi paling selamat untuk perjalanan antarabangsa, dan oleh sebab itu,
ramai pengembara solo pergi ke sana.
Sebagai sebuah negara yang berbahasa
Inggeris, anda tidak akan berhadapan dengan apa-apa halangan bahasa.
Melbourne adalah sebuah lokasi yang sangat
mudah kerana anda mudah untuk berjalan kaki dan mendapatkan basikal di mana
sahaja!
Thailand.
Thailand juga di anggap sebagai sebuah
destinasi yang selamat bagi pengembara solo. Ini adalah kerana, Thailand menggalakkan
kesaksamaan antara lelaki dan wanita.
Kenapa
Thailand?
Thailand terkenal dengan layanan yang
mesra, dan sebagai sebuah lokasi “hot-spot”, terdapat banyak peluang untuk kita
berjumpa dengan pengembara yang mempunyai fikiran sama seperti kita.
Thailand mempunyai banyak lokasi yang
menarik, daripada Bandar besar seperti Bangkok ke pantai yang indah dan hutan-hutan
tropika. Perjalanan di Thailand juga
mudah kerana banyak menawarkan laluan backpacking.
Costa
Rica
Costa Rica adalah tempat yang hebat jika
anda inginkan pengembaraan, surfing, gunung berapi dan aktiviti-aktiviti
rekreasi yang lain. Hanya mereka yang berfikiran stereotaip sahaja menganggap
destinasi pelancongan ini tidak selamat. Ini adalah kerana, Costa Rica penuh
dengan penduduk tempatan yang ramah tamah dan banyak membantu.
Kenapa
costa rica?
Anda tidak akan merasa bosan kerana ada
yang banyak pengembaraan yang menarik untuk anda terokai.
Cusco,
Peru
Sebuah tempat yang kaya dengan budaya,
Cusco terkenal dengan penduduk orang asli yang sering dilihat di jalan-jalan
dalam pakaian tradisional mereka.
Kenapa
cusco?
Anda boleh mempelajari banyak kebudayaan
yang sudah pasti tidak ada di Negara anda.
Alaska.
Lokasi ini di katakan sebagai lokasi yang
tidak asing lagi kepada pengembara solo. Dikatakan hampir 20% daripada
pengembara yang datang ke sini adalah pengembara solo.
Kenapa
Alaska?
Keajaiban alam semula jadi, termasuk glasier,
gunung salji dan bongkah ais yang hebat dan yang paling menarik adalah melihat
ikan paus di sana!
Aran
Islands
The Arans adalah tiga pulau yang terletak
di luar pantai barat Ireland. Kepulauan Aran adalah tempat yang sempurna untuk
melarikan diri dari hiruk-pikuk kehidupan seharian.
Kenapa
Aran Islands?
Lokasi yang sangat selamat dengan pulau-pulau
terpencil dan penduduk tempatan yang mesra. Lokasi yang sesuai untuk berbasikal
kerana basikal di antara kenderaan utama di sana.
Bali,
Indonesia
Bali adalah tempat yang terkenal dengan
yoga, spa-spa, restoran-restoran organik dan pantai. Gabungan mesra orang-orang
yang ramah dan budaya-budaya indah telah menjadikan lokasi ini sebagai lokasi
nombor 1 tarikan pelancong.
Kenapa
Bali Indonesia?
Setiap orang di bali dikenali sebagai
seorang yang sangat mesra. Sebagai pulau Hindu, Bali adalah tempat yang
sempurna untuk percutian yang santai dan rohani.
Malaysia.
Akhir sekali. Negara saya, Negara Malaysia!
Malaysia dikatakan sebagai sebuah destinasi pengembaraan solo yang paling
terkenal di asia. Malaysia adalah sebuah Negara yang selamat, penduduk yang
mudah mesra, Negara islam yang konservatif, Malaysia adalah pilihan terbaik
bagi mereka yang ingin mengembara secara solo.
Kenapa
Malaysia?
Malaysia penuh dengan pengalaman berwarna-warni
dan menyeronokkan termasuklah pelbagai festival dan acara tahunan. Malaysia seperti dua negara dalam satu,
dengan hutan liar Borneo dan banggunan pencakar langit di Kuala Lumpur.
dah lama hamba ingin mengembara solo ke luar negara tapi tulah kekangan masa dan kerjaya.takut kena culik pun ada..menangis tak berlagu mak hamba
BalasPadam