Takziah buat keluarga mangsa kejadian kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru

Oktober 27, 2016
kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru

Takziah buat keluarga mangsa kejadian kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | Baru hari ni aku sempat nak update blog ceritaejoy memandangkan banyak urusan yang perlu aku selesaikan. Maklumlah, wife sekarang tengah mengandungkan anak kami yang ketiga. Jadinya, banyak benda yang perlu di buat selain perlu berulang alik ke hospital bagi pemeriksaan kandungan. Bila banyak urusan melibatkan hospital ni, teringatlah pada kejadian kebakaran yang meragut 6 nyawa di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru baru-baru ni.

Bila difikirkan balik, yelah, siapa kita ni kan, makhluk yang menumpang di muka bumi. Semua perkara yang berlaku di muka bumi ni ada alasan nya tersendiri. Sama halnya dengan kejadian kebakaran ni. Mangsa terlibat di tempatkan di unit rawatan rapi. Satu ruang yang dianggap bahagian kritikal di hospital. Bila seseorang pesakit tu berada di dalam ICU, ahli keluarga mesti rasa tak senang duduk.

Teringat sewaktu kejadian kemalangan yang melibatkan wife aku suatu masa dulu. Lama jugalah beliau berada dalam ICU. Berhari-hari jugalah aku tidur dekat hospital. Tak mandi! Semata-mata nak tunggu wife aku yang ada kat dalam ICU tu. Rasa macam sedikit masa pun aku tak nak berganjak dari situ. Memerhari sahaja kalau-kalau ada berita dari doktor atau jururawat bertugas.

Dan dalam kejadian kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, siapa sangka, nyawa mangsa di ambil oleh yang Maha Esa bukan kerana sakit mereka tetapi disebabkan oleh kebakaran yang berlaku. Satu perkara yang tidak pernah di duga oleh sesiapa pun. Aku sendiri tak pernah terfikir macam tu. Tapi apakan daya, perkara dah pun berlaku.

Kabarnya, kebakaran disebabkan oleh handphone yang terbakar kerana mungkin di cas terlalu lama. Dan terkena pada wall oxygen lalu merebak. Dan disebabkan ingin mengawal kebakaran menjadi lebih teruk, pihak bomba terpaksa mengawal semua oxygen yang ada di dalam hospital. Ini cerita orang dan apa yang aku baca di dalam banyak blog. Mengenai cerita sebenar aku kurang pasti.

Apa pun, yang pasti, 7 orang terkorban di dalam kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru ni. Suatu perkara yang mengemparkan negara. Dan yang lebih pasti, selepas ini, handphone adalah suatu perkara yang sangat berat di hospital. Mungkin juga pihak hospital akan melarang pesakit dan orang awam daripada menggunakan handphone termasuklah jururawat dan doktor. Takut nanti berulang lagi kes yang sama.

1 ulasan:

  1. sedih dengan apa yang berlaku.. salam takziah buat semua mangka kebakaran..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.