Etika jururawat.

September 29, 2014
Hari jumaat lepas, aku bawa isteri aku ke klinik ibu dan anak di alor gajah melaka. Tujuannya adalah untuk buat "buku merah". Alhamdulilah, ada lagi rezeki untuk anak ke 2 kami.

Apa yang ingin aku ceritakan disini bukanlah perihal bakal anak kami yang kedua. Tetapi sikap jururawat yang bekerja disitu.

Isteri aku ada cerita lama. Yang mana beliau pernah terlibat dengan kemalangan kereta yang teruk. Perlanggaran 2 buah kereta. Yang dilanggar itu, adalah sahabat aku juga. Al-fatihah kepada arwah.

Isteri aku mengalami kecederaan yang agak serius. Usus bocor yang mengakibatkan semua makanan bertaburan dalam perut. Paru-paru tidak berfungsi. Dan keretakan sebelah muka. Tapi, alhamdulilah, Allah masih benarkan isteri aku untuk meneruskan kehidupan ini.

Dan atas sebab itu, isteri aku tidak kuat lagi. Sewaktu melahirkan anak pertama kami, beliau terpaksa dibedah. Jadi, ada 2 kali bedah.

Yang pertama sewaktu eksiden, yang kedua sewaktu melahirkan anak kami.

Baik. Akibat dari permasalahan ini, untuk bakal anak kedua kami, isteri aku mengalami sakit yang agak teruk. Dan aku membawa beliau untuk pemeriksaan lanjut di hospital. Dalam masa yang sama untuk buat buku merah juga.

Jururawat yang bertugas ketika itu, melayan isteri aku seperti beliau adalah "bos besar" di situ. Dengan bahasa yang digunakan juga, pada fikiran aku tidak bersesuaian dengan pangkatnya sebagai jururawat.

Orang awam yang ada ketika itu cuma aku sekeluarga dan sepasang pengantin baru. Tetapi jururawat ada lebih dari 10 orang!

Apa mereka buat? Duduk secara bulatan, di dalam kawasan kaunter hadapan. Kemudian berbual sambil makan buah mangga! Apakah?

Aku menunggu isteri aku untuk buat rawatan sehingga anak aku tidur di pangku. Terlalu lama! Ia tidak menjadi masalah jika orang yang mendapatkan rawatan terlalu ramai. Kita sedia maklum tentang itu. Ini cuma 2 orang, dan bilangan mereka pula adalah ramai.

Dan bila isteri aku jumpa Dr pakar, bahasa yang digunakan oleh beliau cukup lembut, tiada nada seperti marah. Tidak seperti jururawat tadi. Persoalan lain pula timbul dalam fikiran aku, apakah jururawat ini lebih pakar dan hebat dari Dr pakar?

Ingin sekali aku katakan kepada jururawat tersebut, Kita hidup saling bergantungan, ada masanya kita di atas, ada masanya pula kita dibawah. Kamu buat isteri saya macam ini, tak mustahil orang lain akan buat kamu pula. Jangan terlalu menganggap semua perkara adalah mudah. Kamu diamanahkan untuk menjaga kesihatan orang awam. Jadi, bekerjalah sebaik mungkin. Jangan hanya datang kerja untuk cukupkan waktu bekerja sahaja.

Hmm. Rasanya, cukuplah setakat ini sahaja luahan hati di pagi hari. Aku berdoa supaya Allah mengubah sikap jururawat tersebut ke arah yang lebih baik.

InsyaAllah. Amin.

3 ulasan:

  1. Tak hairan kalau ada misi yg bersikap demikian namun bukan semua tetapi segelintir sahaja. Ada juga misi yang baik hati dan tahu akan etika ketika bekerja. Apa apapun misi pun tetap manusia ada kelemahan dan kekurangan, tak salah rasanya klau kita menegur mereka sebab tugas mereka berkidmat untuk masyarakat dan memberikan perkhidmatan yg terbaik. Klau was was nak tegur, buat je aduan kat pihak pentadbiran atau atasan.Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

    BalasPadam
  2. dekat tempat N ni pula, misi okay dan baik. orang sangat ramai yang datang dan takkan nampak misi bersembang sambil makan mangga macam kat sana.. kena buat report ni

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.