Senarai hitam pemaju perumahan

Jun 09, 2014
Nampaknya aku terpaksa menunggu 2 bulan lagi untuk aku duduki rumah yang telah di beli. Dengan janji-janji manis yang sedia ada, aku hanya mampu terima tanpa boleh berbuat apa-apa. Mulanya kata kunci rumah akan dapat pada bulan 3 2014. Tetapi, pada bulan 3, rumah pun belum siap sepenuhnya lagi. Kemudian janji akan dapat kunci pada bulan 6, tetapi masih juga belum diterima kerana ada masalah dengan TNB, yang tak boleh nak "supply" kuasa. Apa yang menghairankan aku adalah, rumah aku bersebelahan dengan kawasan perumahan yang sudah berpuluh tahun dibina. Jadi, apa benar TNB tiada pengalaman dengan itu?

Kini, alasan yang diberi adalah, perlu menunggu surat sokongan daripada banyak majlis. Dan bila di tanya, bilakah boleh aku dapatkan kunci rumah, jawapannya adalah pada bulan 8,2014. Maknanya aku perlu menunggu lagi? Apa yang mengusarkan aku adalah, hutang yang bakal bertambah! Kerana bank, tempat aku buat pinjaman, sudah meminta aku untuk melakukan bayaran penuh!

Allahuakbar!

Ianyanya benar-benar membuatkan aku tidak mampu berfikir secara waras.

Aku mencari senarai hitam pemaju perumahan yang terlibat di dalam projek sakit dan ianya amat-amat menyakitkan hati aku. Kerana, syarikat perumahan, rumah yang aku beli, turut tersenarai.

Astaghfirullahaladzim.

Astaghfirullahaladzim.

Astaghfirullahaladzim.

Aku senaraikan nama-nama syarikat yang aku copy daripada internet.










Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.