Tips mudah buat duit dengan Lynk.my.

Mac 02, 2017
Tips mudah buat duit dengan Lynk.my.

Tips mudah buat duit dengan Lynk.my | Aduh. Rasanya macam belum cukup layak nak kongsikan Tips mudah buat duit dengan Lynk.my ni. Sebabnya masih ramai yang lebih hebat daripada aku. Yang buat 4 angka pun ada dengan lynk ni. Tapi disebabkan ada soalan, haruslah kita berikan jawapannya, betul tak? Aku cuba kongsikan apa yang aku praktikkan sekarang. Dan secara terus terangnya, aku sendiri baru lagi dalam jana wang dengan lynk.my ni. Baru 2 bulan. Ok?

  • Baiklah. Perkara pertama yang korang kena ada mestilah akaun lynk.my. Boleh register dekat SINI.
  • Kemudian, cari cerita viral. Kalau tak viral pun, cari cerita dengan tajuk yang orang baca je mesti nak klik. Ha, mengenai hal itu, kenalah tahu-tahu sendiri ya. Sebab susah sebenarnya nak kongsikan mengenai tajuk yang terbaik ni. Lain orang, lain seleranya. Hehehe.

Baki dalam akaun lynk.my setakat hari ini. Dah ada RM154.53. 😁

  • Kemudian, post dalam group facebook yang ramai dan aktif. Bab ni korang kena tengok betul-betul. Sebabnya ada group yang ramai, sampai ratus ribu orang tapi tak aktif. Itu pelik.
  • Kemudian, ahha! Ini penting. Kena tahu bila group tu aktif. Macam aku. Ok. Ini yang aku buat ya. Mungkin berbeza dengan orang lain. Aku mula post link menggunakan lynk.my jam 2100. Ahha! Sebab waktu ini orang memang aktif.
  • Kemudian, bila satu-satu post ni banyak like dan komen, aku akan cari post yang lebih kurang sama dengan post ni dan post. Maksudnya ada link dengan post yang tadi la.
Tips mudah buat duit dengan Lynk.my.
Dalam proses nak cashout. hehehe.
  • Dan yang lebih penting daripada yang penting adalah, kenal pasti group mana yang aktif. Katakan korang ada 10 group. Daripada 10 group tu, mungkin 5 group je yang betul-betul aktif. Jadi fokus pada group tu je, dan kenal pasti apa yang orang suka baca dalam group tu. Kalau dia suka baca artikel melibatkan makanan, carilah yang berkaitan makanan. Ok?

Ha! Itu jelah Tips mudah buat duit dengan Lynk.my yang boleh aku kongsikan dengan korang. sebenarnya senang je benda ni kan? hehehe. Semoga korang berjaya hasilkan income yang besar dengan lynk.my. insyaAllah. amin.

2 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.