Tawaran terbang murah dengan Malaysia Airline (MAS)

Mac 02, 2017
Tawaran terbang murah dengan Malaysia Airline (MAS)

Tawaran terbang murah dengan Malaysia Airline (MAS) | Assalamualaikum dan selamat pagi. Ceritaejoy macam ni, semalam saja-sajalah tengok tiket kapal terbang. Buka laman web sana, buka laman web sini. Niat dalam hati tu nak bawa keluarga naik kapal terbang. Dan perancangan awal ni, nak bawa dekat-dekat sahaja. Jadi lokasi pilihan adalah Langkawi. Kalau nak diikutkan, kampung aku dengan Langkawi tu tersangatlah dekat, boleh balik hari je. Tapi disebabkan nak bagi anak isteri “rasa” naik kapal terbang, jadi kita pilih yang jarak jauh punyalah ye. Hehehe.

*Mohon seminit masa korang untuk LIKE page ini yang penuh informasi dan Video yang menarik* Klik Sini

Orait. Dalam proses pembandingan harga semalam, apa yang boleh aku katakan adalah, harga Malaysia Airline (MAS) adalah yang paling murah. Dan hari ini ianya juga masih kekal sama. Harga tiket penerbangan untuk aku dan isteri serta 3 orang anak kami adalah RM700. Pergi dan balik. Berlepas daripada KLIA ke Langkawi. Murah la tu kan? Malaysia Airline tengah buat promo ke?

Yang sebenarnya, aku lebih suka terbang dengan Malaysia Airline ni sebab complete. Complete dari segi apa? Harga tiket yang kita bayar tu siap dengan beg dan makan. Hahaha. Dan lagi satu, selesa. Mungkin disebabkan aku dah banyak kali terbang dengan MAS, jadi aku selesa dengan itu. Bukanlah aku cakap perkhidmatan penerbangan lain tak ok ya.


Aku pernah terbang dengan ThaiAirways.  Kalau nak dibandingkan, ThaiAirways ni lagilah selesa. Hahaha. Tapi harga dia, aduh! Kemudian, nak pergi Langkawi je kan. Jadi adalah lebih baik kita guna perkhidmatan penerbangan syarikat malaysia, kan? hehehe.

Berbalik semula dengan cerita Promo Tiket Murah Malaysia Airlines ni. Kalau tengok dekat website Malaysia Airline, memang sedang ada promosi penerbangan dalam malaysia bermula dari RM99 sahaja. Antaranya Langkawi, penang, kuala terenganu, kota bahru dan pelbagai lokasi lain. Jadi ini adalah peluang terbaik untuk aku bawa keluarga aku sekaligus berikan mereka pengalaman pertama menaiki pesawat terbang ni. hehehe.

Tapi promosi ini tidak dibuka lama ya! Tiket Tambang Murah Malaysia Airlines hanya sah sehingga 31/3/2017 sahaja. Jadi buat mereka yang memang ada perancangan sama seperti aku (untuk bercuti ke Langkawi) bolehlah cepat-cepat booking tiket anda sekarang! Peluang macam ni sebenarnya susah nak dapat! Jadi, gunakan peluang yang ada ya!

Jom cepat BookingTiket Pesawat Malaysia Airlines anda sekarang!

2 ulasan:

  1. wah menarik ni bila mas buat promotion

    BalasPadam
  2. Saya selalu terlepas promotion sebab jarang alert bab-bab ni...

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.