Lepas satu, satu yang datang!

Mac 09, 2017
Lepas satu, satu yang datang

Lepas satu, satu yang datang! | Nampaknya tahun 2017 sememangnya tahun yang mencabar buat aku. Aku sendiri tak tahu kenapa. Lepas satu, satu masalah/perkara tak best yang datang! Sampaikan aku selalu tertanya-tanya, kenapa dengan tahun 2017 ni? Apa sebenarnya benda yang nak datang ni? Kalau ada rakan-rakan pembaca blog ceritaejoy yang selalu singgah dan baca blog ni, mesti akan perasan beberapa luahan aku mengenai perkara-perkara yang menimpa aku dalam tahun 2017 ni!
Ada apa dengan tahun 2017?

*Mohon seminit masa korang untuk LIKE page ini yang penuh informasi dan Video yang menarik* Klik Sini

Sekarang ni, waktu aku menulis ni, kepala aku masih berdenyut-denyut! Tension! Semua ada! Semua serba tak kena rasanya. Baru masuk march 2017, aku dah rasa banyak perubahan dan perkara-perkara yang berlaku dalam hidup aku. Puas jugak aku nak set minda aku ni supaya sentiasa fikir yang ianya adalah suatu yang positif. Orang cakap, mesti ada benda baik yang nak datang.

Tapi bila aku dah berjaya set, datang pulak benda lain! Terus automatic apa yang aku dah set tu hancur macam tu je. Puas aku mengeluh sorang-sorang. Dekat dapur, dalam bilik mandi! Sebab aku tertanya-tanya, kenapa dengan tahun 2017 ni? Kenapa banyak sangat benda yang datang tak sama macam tahun-tahun sebelum ni?

Aku selalu masukkan dalam minda aku, mungkin Allah sedang menguji minda aku agar boleh menerima segala macam tekanan. Mungkin juga doa aku untuk menjadi seseorang yang sangat berjaya sedang dalam proses di makbulkan. Yelah, orang berjaya mampu menepis segala macam tekanan. Jadi ini mungkin salah satu daripada ujiannya.

Semoga aku dapat mengharungi segala macam cabaran mendatang. Amin.

4 ulasan:

  1. tipu klu kita kata kita tidak mengeluh atau runsing bila sesuatu perkara yg kita tidak harapkan itu muncul.Semua orang boleh boleh letakkan mind set macam², tapi kekuatan iman dan kesabaran hati adalah kunci kepada semuanya...Bykkan berdoa dan ingat Allah..semoga apa sahaja masalah atau dugaan yg menimpa awak,nieyl harap ianya akan berakhir dan dipermudahkan..InsyaÁllah..Ameen... :)

    BalasPadam
  2. May Allah ease everything for today... :)

    Siapa di sini yang tidak mahukan kejayaan, pasti semua berusaha untuk berjaya tapi lebih ramai yang gagal daripada yang berjaya.

    BalasPadam
  3. Sabar ya, masa ni ujian datang, mungkin ada orang lebih teruk lagi... settle satu-satu...

    BalasPadam
  4. ada hikmah disebalik semua ini.. fighting..!!

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.