Keputusan Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang mendukacitakan

Mac 07, 2017
Keputusan Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang mendukacitakan

Keputusan Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang mendukacitakan! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberi kesempatan untuk aku terus terusan menulis di blog ceritaejoy. Ahha! Hari ini, aku nak bercerita pasal sesuatu yang sedang hangat dibualkan. Pemohonan BR1M 2017 ditolak/tidak lulus atas alasan SSM! Apa bendanya SSM tu? Dengar khabar, ramai yang kecewa kerana permohonan mereka ditolak.

Dari malam tadi, wall facebook penuh dengan cerita pemohonan br1m yang ditolak. Sudah semestinya ramai yang kecewa kerana dah lama menunggu. Kelompok pertama dah terima duit mereka. Jadi mereka yang setia menanti ini, dah tentulah kecewa, kan? Tunggu dengan penuh sabar, sebab br1m sebelum ni tiada masalah. Tiba-tiba kali ini gagal. Apa punca sebenar pemohonan br1m di tolak ni?

Yang sebenarnya banyak sebab. Dan di antara sebab paling banyak adalah SSM. Yang aku tahu, SSM ni syarikat. Yang kita kena daftar tu. Tapi betul ke pemohonan br1m di tolak sebab SSM? Sebab kalau kita tengok balik pada keputusan yang diberikan, takda pula sebab SSM ni yang daftar syarikat tu. Ke aku salah? Cuba tengok gambar bawah ni.

Keputusan Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang mendukacitakan

Dari apa yang aku faham, punca sebenar BR1M ditolak adalah kerana maklumat pendapatan pemohon/ pasangan/ tanggungan perlu pengesahan. Ha. Maknanya, kita kena berikan maklumat berkaitan semua ni. Sertakan data-data berkaitan dan hantar. Sebabnya diberikan juga tempoh untuk membuat rayuan. Jadi masih ada peluang sebenarnya untuk dapatkan duit br1m ni. kan?

Aku dulu masih ingat lagi waktu mula-mula nak mohon br1m. Pemohonan aku ditolak. Jadi aku kena pergi LHDN dekat bandar Melaka dan hantar semua maklumat berkaitan dan alhamdulilah masih ada rezeki. Jadinya, masih ada peluang untuk rakan-rakan semua membuat rayuan. Sertakan maklumat berkaitan dalam masa terdekat ini dan hantar. Ok?

Rasanya cukuplah setakat ini sahaja. Bukan apa, isu BR1M 2017 yang ditolak ni tengah panas. Jadi kalau kita tulis panjang-panjang kang, takut kalau tersalah tulis, bakal mengundang rasa tidak senang orang lain. Jadinya, cukuplah cerita Keputusan Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang mendukacitakan ni ya. J

6 ulasan:

  1. Hahaha, ni mesti ada kes buat perniagaan online kan... :-) Alhamdulillah masih dapat BR1M juga...

    BalasPadam
  2. memang kecewa sikit la..
    sbb 2 tahun berturut² nieyl dpt...
    this year kena tolak..alasan ssm tu..
    tapi xpela..mungkin rezeki belum tiba..
    so,kena buat rayuan... :)

    BalasPadam
  3. Haha betul.. ramai kat fb kecewa gara2 tak dapat BR1M..

    Bertabah la semua, mungkin bukan rezeki. Kena komen #ilovePM kat fb PM baru kot dapat BR1M

    #gurau

    BalasPadam
  4. dia takde duit, tapi dia nak bagi juga. hasilnya walaupun orang ramai mohon, dia rejek kebanyakaan daripada permohonan

    BalasPadam
  5. ramai yang kecewa, kesian juga bagi sesapa yang memang sebenarnya layak tu

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.