Hai..senangnya dalam hati..

Mac 14, 2017
Hai..senangnya dalam hati..

Hai..senangnya dalam hati.. | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ehem. Rasa nak menyanyi pulak pagi ni. Tapi jangan salah lirik ya. Aku bukan nak menyanyi lagu madu tiga tu. Ini kalau wife aku baca ni, adeh! Hehe. Tapi aku memang terasa nak menyanyi walaupun dalam kepala aku ni ada banyak masalah! Hahaha. Dalam pada kekusutan aku sekarang ni, alhamdulilah, aku mendapat perkhabaran gembira. Apa yang gembira sangat tu? Sebelum aku cerita lanjut, korang kena baca ceritaejoy yang INI.

Apa yang penting sangat akaun ni?

Aku sebenarnya mengomel juga dekat rumah. Jadi bila kerap bercakap, wife aku jadi tension. Hahaha. Dia cakap, pasrah jelah akaun kena blocked. Akaun baru pun dah ada kan? Memang aku ada buat akaun baru, tapi tidak bermakna aku akan lepaskan akaun sedia ada aku tu. Kenapa? Ahha! Banyak sebenarnya alasan aku. Antaranya:

Itu akaun pertama aku. Ye! Itulah akaun pertama aku yang aku guna daripada dulu hinggalah sekarang! Dah berapa lama kan? Daripada 0 hinggalah sekarang. Dan lepas aku dapat je balik akaun aku ni balik, perkara pertama yang aku buat adalah delete semua orang yang aku tak kenal! Hahaha. Nampak kejam tapi amat bermakna buat aku. Untuk apa rakan yang ramai jika yang bertegur sapa tak sampai 10 orang. *hmm, nampak sangat aku ni tak penting* hahahaha.

Yang kedua. Terlalu banyak group penting dalam akaun aku ni. Terlalu banyak! Dan semua itu susah untuk aku cari semula kalau aku buat akaun baru. Aku ni dah lah jenis yang tak suka nak ingat banyak perkara. Jadi memanglah susah!

Ketiga. Akaun cari makan tu. Adeh! Dengan akaun aku yang ini, terlalu banyak group yang menjadikan aku admin. Dan kelebihan sebagai admin adalah, menguruskan akaun dan menghasilkan wang. Bagi mereka yang faham benda ni, fahamlah ye. Bagi mereka yang kurang faham, nanti kita belajar sama-sama. Hehehe.

Ahha! Rasanya itu sahajalah 3 benda penting yang buatkan aku nak sangat balik akaun ni. Dan alhamdulilah, hari ini, aku dapat semula. Hehehe. Banyak benda baru yang aku belajar sejak kebelakangan ini. antaranya, perlu ada sesuatu backup untuk apa sahaja yang kita buat. Supaya kita tidak “lumpuh” sementara. Hehehe. Sekian dulu. Terima kasih. J

5 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.