Kes viral anak pukul ibu.

September 28, 2017
video anak pukul ibu

Kes viral anak pukul ibu | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rasanya semua dah tengok kut video anak pukul ibu sebab katanya tak dapat belanja sekolah. Secara jujurnya, aku mampu tengok video tu sekali je kemudian padam. Sebabnya rasa marah tu meluap-luap waktu tengok video anak pukul ibu tu. Pantang betul tengok orang yang mengasari ibu sendiri ni. Entah di mana silapnya, tak siapa yang tahu.

Khabarnya laporan polis telah dibuat oleh si ayah bagi melindungi ahli keluarganya daripada perkara yang di luar jangkauan. Yelah, video dah tersebar 1 malaysia. Kena orang yang tak mampu tahan sabar, jumpa remaja ni, diperlakukan perkara yang tidak betul, dah jadi 1 masalah lain.

Kalau tengok dekat laman sosial pun, memang banyak kecaman yang remaja ni dapat. Yelah, yang dipukul tu ibu. Bukan orang lain. Tapi tak tahu pulak kenapa sampai macam tu sekali jadinya. Pastinya keluarga ni ada sebab yang tersendiri. Kalau keluarga aku dan mungkin kebanyakkan keluarga dekat malaysia ni, cukup dengan jelingan ayah je, semua dah takut.

Tak pernah lagi terfikir nak angkat tangan dekat mak ayah sendiri. Mungkin kerana daripada kecik dah di didik dengan ilmu dan “kekerasan”. Hehehe. Jadi rasa hormat pada mereka tu tinggi.

Ramai yang menyalahkan ibubapa menjadi punca kepada anak macam ni. Daripada kesimpulan yang boleh aku rumuskan, ramai yang cakap, anak terlalu dimanjakan! Sampai nak tegur pun tak boleh! Bila kena tegur, mulalah merajuk, atau lebih teruk melawan ibubapa dan diluar jangkauan, mengeluarkan kata kesat dan memukul.

Aku tak berani nak kata lebih-lebih macam ni sebab aku sendiri ada anak. Tapi aku tak pernah benarkan anak-anak aku melebihi tahap yang sepatutnya. Sampaikan kalau wife aku marah anak aku pun, aku akan sebelahkan wife aku sebab aku tahu pasti ada sebab dia marah. Mana ada orang marah suka-suka kan?

Apa pun, kita doakan yang baik-baik sahajalah ye pada remaja ni. Anggap sahaja remaja ni tak sengaja buat macam tu. Harapnya janganlah buat lagi ya. Sebab ibu tu. Nanti kang, kita buat ibu macam tu, Allah balas lagi teruk, diri sendiri juga yang susah. Ok. 

2 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.