Cara copy paste entry yang betul
Cara copy paste entry
yang betul|Aku tidaklah nak mengajar orang copy paste artikel atau post
orang lain. Tapi ini lah orang kita, nak Trafik
Blog Tinggi tapi tak nak pening kepala cari cerita dan menulis. Cara yang
paling senang, Copy Paste Blog Orang
Lain. Kalau letakkan link blog asal ok lagi, kurang lah sikit marah
pemiliknya, ni langsung takda. Macam entry tu dia yang tulis. Ish!
Kita nak larang pun, bukan orang nak dengar. Kita buat
macam-macam kat blog pun, masih juga ada orang copy paste entry kita. Jadinya,
buat apa pun, kalau orang nak ambil, mereka ambil juga. Betul tak? So! Aku nak
kongsikan beberapa Cara copy paste entry
yang betul, yang mungkin tak akan buat pemiliknya marah atau pemiliknya
sendiri tak tahu, yang asalnya penulisan itu adalah daripada penulisan mereka.
Cara copy paste entry yang betul.
Baiklah. Kalau ada juga yang nak copy paste entry orang
lain. Aku nasihatkan, jangan copy paste bulat-bulat entry orang tu. Caranya adalah
dengan menggunakan beberapa aplikasi rewriter yang berlambak dekat google tu. Aku
pun biasa buat, tapi bukan dalam blog ceritaejoy la. Aku tak nak share dekat
mana biasa aku buat, sebab nanti, nampak sangat aku nak galakkan orang copy
paste entry orang lain. Kan?
Yang keduanya, baca dulu entry orang tu. Kemudian ambil
keyword yang korang rasa kan penting. Daripada situ, korang buat lah ayat korang.
Percaya atau tidak, blog yang menggunakan bahasa rojak pun boleh dapat trafik
yang tinggi. Hanya dengan menggunakan keyword yang betul. So, korang tulis la
guna bahasa atau ayat korang, yang penting, masukkan keyword yang penting.
Yang ketiganya adalah, celarukan ayat. Maksud aku, tukar perenggan. Kalau entry asal, perenggan pertama ayat nya macam ni, korang ubah lah
pergi ke perenggan ketiga. Begitulah sebaliknya. Yang penting, jangan nampak
sama macam entry asal. Cukup sudah. Cukup cukup sudah.
Yang terakhir nya, minta lah izin pada pemilik asal. Kalau tak nak minta izin, letaklah kredit pada pemilik asal. Kalau tak nak terus ke entry
pemilik asal, cukuplah letakkan url blog sahaja. Kalau semua pun tak nak. Korang
letak jelah nama blog tu. Kalau letak nama pun tak nak, terpulanglah dekat
korang. Malas nak cakap lagi.
Aku sebenarnya, tak galakkan korang copy paste blog orang
lain. Sebabnya nanti tak nampak diri korang dalam blog korang sendiri.
Tapi,
macam yang aku cakap dekat awal tadi, kita ni kalau melarang macam mana
sekalipun, kalau orang tu nak buat, dia buat juga. so, aku nasihatkan, kalau
nak copy paste juga, biar lah jangan nampak macam penulisan asal. Aku ada bagi
contoh macam mana nak ubah, jadi terpulanglah pada korang yer.
tenkiu tuan, tips yg hebakk sgt nih. saya nk praktikkan;)
BalasPadam