Rezeki tak berkat!

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Rezeki tak berkat! Harini aku kembali semula menulis di blog ceritaejoy selepas bercuti untuk tahun baru cina. Tahun ni tahun monyet (mengikut calendar orang cina la). Tapi bukan itu yang aku nak cerita. Tapi pasal rezeki tak berkat ni. Kenapa Rezeki Tak Berkat? Ha, salah satunya nil ah, yang aku nak cerita ni.

Punca Rezeki Tak Berkat ni, cuba kita*aku guna kita sebab aku sendiri pun kadang-kadang buat* tengok balik kerja kita. Betul ke kita ni buat kerja dengan betul? Ikut masa kerja yang betul? Katakan masuk kerja jam 0900 dan habis jam 1700. Betul ke selama waktu itu kita bekerja?

Tak usah cakap orang lain lah, aku kadang-kadang tu, rehat 15minit je, kadang-kadang terlajak sampai 30 minit. Ada masa tu, lebih daripada tu pun ada. Tu Sebab Rezeki Tak Berkat. Ada yang lebih hebat, dari jam 0900 sampai 1700 langsung tak buat apa! Lagi hebat! Cukup bulan dapat gaji, bagi anak bini makan duit tu. Dah semua merasa duit tak berkat tu.


Aku pernah tanya sahabat aku. Kenapa beliau berhenti kerja dan mula berniaga. Katanya mudah sahaja. Kerja makan gaji ni, kalau tak betul-betul, banyak makan duit tak berkat. Kalau berniaga, semuanya atas kita, kalau kita malas, memang kuranglah kita dapat. Kalau kita usaha, insyaAllah rezeki tu ada. Tak macam makan gaji, duduk saja sebulan, cukup bulan mesti masuk duit.


Aku tak cakap semua orang yang makan gaji macm tu. Tapi hampir kebanyakan orang macam tu lah. Dekat sekeliling aku pun macam tu jugak. Aku ni, kadang-kadang pun macam tu jugak. Jadinya sama je. Bukan nak bercakap itu ini. Cuma nak beringat saja. Itu semua termasuk diri aku jugak. Tengok balik cara kita bekerja. Kita dapat Rezeki Yang Tak Berkat, kemudian bagi anak bini makan pula tu. Takut yang membesar nanti, jadinya tak elok. Wallahu a’lam bish-shawabi.

2 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.