Malaysia dipenuhi orang gila?

harian metro

Malaysia dipenuhi orang gila?. Seram sejuk aku dibuatnya bila baca berita mengenai seorang remaja perempuan yang maut dikelar di lehernya. Dia di temui di dalam keadaan berselimut oleh ayahnya sendiri. Dan suspek yang membunuh mangsa telah pun di tangkap dan kini di reman. Mengikut bacaan di surat kabar, suspek dikatakan cemburu kerana mangsa berkawan dengan lelaki lain.


Hanya cemburu! Hey! Belum nikah lagi, belum ada apa-apa ikatan, sampai macam tu sekali dibuatnya anak orang! Dah kenapa? Apa masalahnya? Aku makin pelik dengan sekelompok manusia yang dengan sewenang-wenangnya memperlakukan manusia lain sesuka hati mereka. Gila ke? Bila baca berita macam ni, teringat aku pasal kes remaja perempuan yang dikelar di lebuh raya. motifnya juga sama kan?

Nyawa manusia bukan murah! Tak boleh beli dekat mana-mana pun. Suka hati je nak perlakukan macam tu? Nak besarkan anak bukan senang. Sampai kepada orang yang mental macam ni, dibuatkan serupa itu. Huh!

Budak-budak ni pulak, kalau kita sekat kebebasan mereka, memberontak. Bila dah jadi macam ni, apa pun dah tak guna. Nak buat apa lagi kan? Bila kita cakap macam ni, orang akan cakap, yang kita dah berada di dalam akhir zaman. Yang mana ramai orang gila! Salah satunya, ha inilah.

Sungguh aku makin risau. Mana taknya, aku ada adik perempuan. Jauh pula daripada aku. Nak pantau selalu pun, tak boleh. Dikatanya kita ni kawal kehidupan mereka. Tapi kalau benda-benda macam ni berlaku, siapa yang tak risau kan? Biarlah nak cakap apa pun, janji perkara semacam ni, dijauhkan daripada aku dan keluarga aku.

Bila jadi kes macam ni, bunuh anak orang. Kena tangkap, terus mengaku gila. Daripada pandai bercakap-cakap, bila masuk dalam mahkamah, terus tak paham dengan apa yang hakim cakap. Yang normal automatik gila. Yang mendengarnya, teruslah naik gila. Itu yang jadi macam-macam tu. Nak cakap banyak pun tak boleh, apa yang mampu kita buat, berdoa dan kenal pasti dengan siapa adik atau anak kita berkawan. Jangan pernah percaya dengan mereka yang normal. Sebabnya, mereka secara automatik boleh jadi gila bila benda macam ni berlaku. Huhuhu.

9 ulasan:

  1. semoga kita semua dijauhi dr org2 yg mcm ni..nauzubillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah, semoga kita dilindungi oleh Allah. amin

      Padam
  2. Balasan
    1. menakutkan! Ni tadi ada baca berita, suami cederakan isteri pula. Adoii

      Padam
  3. ya..ramai orang gila...takde otak...dah buat baru menyesal!

    BalasPadam
  4. apa nak buat....banyak kan berdoa.

    BalasPadam
  5. moga sama-sama dilindungi....

    Bonde BW dari http://www.bondezaidalifah.com/2015/10/senarai-url-blog-19.html

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.