Kenapa dia jodohku.

Kenapa dia jodohku|Ini bukan cerita novel, ataupun drama terbaru di tv, ini adalah luahan rasa aku. Yelah sekarang ni, macam-macam tajuk drama yang muncul, kadang-kadang tu, macam pelik pun ada. Hahahahha.

Kenapa dia jodohku adalah 1 soalan yang wujud dalam diri aku setelah aku mendirikan rumah tangga dan sudahpun mempunyai sepasang anak. Punca dan kenapa soalan ni wujud dalam diri aku adalah kerana, perkenalan aku dan isteri aku cumalah dalam masa yang singkat. Hati budi pun tak habis kenal lagi, tetapi terus membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Aku masih tertanya-tanya, walaupun dah hampir 3 tahun usia perkahwinan kami. Kenapa dia? Dan bukannya orang lain. Kenapa mesti dia? Kalau tanya pada kawan-kawan, jawapan mereka semuanya sama, dah jodoh kau, bersyukurlah, ada orang yang sampai ke tua takda isteri, anak lagi lah kan?

Betul, dah jadi ketentuan dia adalah jodoh aku. Tapi tak salah kalau aku nak cari jawapan kepada soalan aku tadi kan? Kenapa dia jodohku. Jenis aku, aku suka ambil masa duduk sorang diri dan mencari jawapan.

Alhamdulilah, banyak perkara yang berlaku di dalam usia perkahwinan kami selama 3 tahun ni. Ia bukanlah perkara yang mengembirakan. Dari situ, Allah mahu aku berfikir, kenapa dia menjadi jodoh aku. Dia mahu aku melihat dengan mata hati.

Benar! Perkenalan hampir berbelas atau berpuluh tahun pun, jika ia bukan jodoh kita, tak kemana perginya hubungan itu. Allah menjadikan manusia berpasang-pasang, dan menjadikan pasangan manusia itu, untuk menyempurnakan pasangan mereka. Allah tidak menjadikan seorang manusia menjadi begitu sempurna.

Itulah jawapan yang aku terima. Pasangan aku menjadikan aku begitu sempurna. Menutupi kelemahan yang ada dan menerimanya seadanya. Ada juga aku terbayangkan, jika aku dijodohkan dengan orang lain, adakah mereka mampu menerima aku seadanya?

Kehidupan rumah tangga tidak seindah yang dibayangkan. Terlalu banyak halangan yang perlu ditempuhi. Dan sudah pasti, ianya memberikan kematangan di dalam hubungan. Aku percaya, setiap perkara yang berlaku, pasti ada sesuatu yang ingin di sampaikan. Tapi biasalah, manusia, bila berhadapan dengan masalah, pasti wujud banyak perasaan di dalam hati. Perasaan tidak bersyukur.

Aku berterima kasih kepadamu Ya Allah, kerana mencipta diriku dan menjadikan pasangan buatku. Kurniamu dengan sepasang anak juga menjadi harta yang tidak ternilai kepada kami. Semoga hubungan kekeluargaan yang terjalin mendapat rahmat darimu Ya Allah. Amin.

*Selamat ulang tahun perkahwinan buat isteriku*

Haffizul Iskandar.

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.