Selamat Datang Ke Dunia GST.

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Esok adalah hari terakhir bulan Mac dan kita akan memasuki dunia baharu dalam sistem pencukaian malaysia. Mari ucapkan selamat datang ke dunia GST!

Aku bukanlah menyokong 100% sebenarnya, cumanya, kita sebagai rakyat bawahan, perlulah menerima perkara ini. Kalau nak bersuara sekalipun, kemana suara itu akan sampai? Tak kemana pun, pusing-pusing kena kat kita juga.

Tapi yang buat aku jadi pelik adalah, katanya Sistem pencukaian baru ini atau GST ini akan mula dilaksanakan pada 1 april 2015. Tetapi, boleh dikatakan banyak restoran atau kedai-kedai yang dah mula melaksanakannya. Aii, belum sampai tarikh lagi, dah kenakan GST ke?

Aku tanyakan rakan-rakan aku, betul ke banyak yang dah kenakan GST, walhal tarikh pelaksanaannya adalah pada 1 april 2015. Boleh dikatakan semuanya memberikan jawapan yang sama, YA! Biar kebenaran!

Hmm, seperti yang aku cakap tadi, kalau kita nak bersuara pun, kemana perginya suara tu? Nak tak nak, kita kena jugak berhadapan dengan GST ni, Jadi, mari sekali lagi ucapkan selamat datang ke dunia GST!

Banyak sebenarnya isu yang berbangkit berkaitan GST ni. Kalau kita tengok dekat media sosial sekarang ni, banyak orang yang berkongsikan perihal "harga" yang sepatutnya lebih rendah bila sistem GST ini dilaksanakan dan bukannya semakin tinggi!

Di sini, banyak kerisauan yang mana, peniaga akan memanipulasikan harga sempena perlaksaan GST. Atau peniaga yang TIDAK BERDAFTAR tetapi mengenakan GST.

Banyak sungguh isu yang berbangkit dan kami sebagai rakyat sangat-sangat berharap agar ianya dapat diselesaikan dengan mudah.

Sekali lagi, aku tidaklah menyokong 100%, tetapi berharap agar ianya tidaklah membebankan rakyat. Biarlah tiada jurang yang sangat besar di antara pendapatan dan penggunaan harian kami.

Hanya kami yang benar-benar tahu apa yang terjadi.

Selamat Datang Ke Dunia GST.

2 ulasan:

  1. ejoy, sedikit sebanyak sememangnya ia membebankan... sebab kita dikenakan cukai ketas perbelanjaan.. lebih banyak belanja lebih banyak cukai.. bukan lebih banyak gaji lebih banyak cukai.. huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, sebenarnya, kita tak perlu risau perihal cukai jika pendapatan kita "lebih" daripada cukai yang di kenakan. Sama keadaannya dengan orang atasan. Yang mana, boleh dikatakan mereka langsung tidak terkesan dengan cukai yang ada.

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.