Jadi Blogger Untuk Apa?

Februari 24, 2015
Tengahari macam ni, aku tertanya-tanya kat diri aku. Buat apa jadi blogger eh? Untuk apa? Sekadar suka-suka atau ada yang ingin aku capai bila aku ingin bergelar seorang blogger yang berjaya. Apa jawapan aku kepada soalan jadi blogger untuk apa?

Bila tengok blogger yang punya nama besar dan sudah tentu mereka dah berjaya, blog mereka menjadi semacam tempat rujukan kepada semua orang. Blog mereka membawa kebaikan kepada semua orang.

Apa yang aku jumpa adalah, kena tengok pada niat diri masing-masing. Jadi blogger untuk apa? Kalau jadi blogger sebab nak dapat pendapatan sampingan, sudah pasti akan dapat pendapatan sahaja. Jadi perlu yang bagaimana?

Aku fikir, untuk menjadi seorang blogger yang berjaya dan hebat, perlulah membawa kebaikan kepada semua orang. Perlu jadi semacam cikgu kepada semua orang. Bila perkara ini berlaku, sudah pasti "wang" akan datang dengan sendirinya. Tul tak? Ke aku salah?

Kalau kita kejar wang je, ada 2 potensi. Samada kita benar-benar dapat wang atau langsung tak dapat. Tapi kalau kita kejar ilmu, wang itu dengan sendirinya akan datang kepada kita. Ini yang orang dok cakap, magnet wang tu.

Kena tanya balik dekat diri. Jadi blogger untuk apa? kena betulkan balik niat kita. Baru boleh jadi macam blogger-blogger terhebat malaysia dan dunia. Kan? :)

19 ulasan:

  1. Betul. Betul. Betul. Tapi, mostly sekarang blogging ni dah jadi macam satu kerjaya. Tapi, nak jugak jadikan macam diary. So, rasanya win-win situationla kut :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu. Tapi macam saya cakap, kena betulkan niat, niat betul, semua datang dengan sendirinya. :)

      Padam
  2. TQ SHARING...

    http://jmbelog.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. aaa.. terima kasih dengan entri ni, mama jawab di entri mama kejap lagi...
    mama jadik blogger untuk apa? hihihih

    BalasPadam
  4. ni link jawapan mama... hihi

    http://www.mamaniza.com/2015/02/jadi-blogger-untuk-apa.html

    BalasPadam
  5. Nak jawab juga... Nnt sy jwab dlm entry ya... Hehe...

    BalasPadam
  6. kite jdi blogger untuk org ingt kite lepas kita dah tak ada nanti . apa yg kita tulis org sntiasa baca . ilmu dikongsi bersama. tak gitu...

    BalasPadam
  7. penglibatan awal kak ana ke dunia blog atas dasar perkongsian, sebab sebelum ni kak ana memang jadikan blog sebagai panduan khasnya dalam perjalanan dan pengalaman penulis..tentang income belum lagi boleh dikatakan sbg pendapatan sekadar sambilan sahaja.

    BalasPadam
  8. tengah tanya diri ni...jawapannya memang sekadar suka-suka..hehe

    BalasPadam
  9. Tuan, sebagai blogger kita saling membantu walau apa sekali niat seseorang tapi pada asasnya berjaya seseorang itu bergantung kepada daya usaha memasing. Itu perlunya komuniti dalam hidup bermasyarakat di dunia realiti. dan itu juga kita di dunia maya siber . yang berilmu memberikan tunjuk ajar kepada yg mahukan ilmu tersebut dan sama-sama berkongsi memanfaatkannya. Barulah nampak adanya perkembangan sihat .
    Niat boleh berubah bila pencapaian berubah..mahukan yg terbaik kena ada usaha yg terbaik juga.

    BalasPadam
  10. betul jugak . minat yang penting dari minat tu la kita rajin cari bermacam-macam ilmu

    BalasPadam
  11. sudah tentu ingin menjadi seorang blogger yang memberikan yang terbaik buat semua orang disamping itu jika ada pemdapatan itu juga terbaik

    BalasPadam
  12. macam best je isu ni,boleh pakay buat entry tak?huhuhu

    BalasPadam
  13. btul... jadikan blog sbg yg bermanfaat utk diri dan org lain...

    BalasPadam
  14. yup, betul.. kena tanya semula. apa sebab blog kita wujud sampai ke hari ni..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.